Menu
Your Cart

Ya Allah, Ampuni Aku

Ya Allah, Ampuni Aku
Ya Allah, Ampuni Aku
Ya Allah, Ampuni Aku
Ya Allah, Ampuni Aku
Ya Allah, Ampuni Aku
Ya Allah, Ampuni Aku
Ya Allah, Ampuni Aku
Ya Allah, Ampuni Aku
-25 %
Ya Allah, Ampuni Aku
Ya Allah, Ampuni Aku
Ya Allah, Ampuni Aku
Ya Allah, Ampuni Aku
Ya Allah, Ampuni Aku
Ya Allah, Ampuni Aku
Ya Allah, Ampuni Aku
Ya Allah, Ampuni Aku
Ya Allah, Ampuni Aku
  • Stock: 78
  • Weight: 0.50kg
  • Dimensions: 21.50cm x 4.00cm x 2.00cm
  • ISBN: 978-629-7556-10-9
Product Views: 4270
RM18.75
RM25.00

Buku ini menghimpunkan 40 hadis amalan yang dapat mengundang ampunan Allah SWT. Setiap hadis disertai terjemahan dan huraian bagi memudahkan pembaca untuk memahami teks hadis. Di bahagian akhir turut disertakan himpunan-himpunan istighfar yang warid daripada Rasulullah SAW dan para ulama berserta terjemahannya.

 

TESTIMONI

“Gaya penulisan yang santai dan isi kandungan yang mudah difahami ini menjadikan ia antara ‘sajian minda dan rohani’ yang sesuai ditatap oleh semua peringkat umur dan latar belakang. Syarahan bagi hadis yang sarat dengan saranan dan kupasan serta ditambah beberapa faedah ini menjadikan ia sebagai bacaan santai tetapi sampai kepada matlamat penulisan buku ini.”

~ Sahibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang DPSS.,DSDK.,AMK.,BCK. Mufti Negeri Kedah Darul Aman

 

“Kitab atau risalah ini merupakan salah satu kitab yang patut kita miliki bahkan perlu dipelajari, dihayati dan diamalkan. Kita jadikan risalah ini sebagai panduan amalan harian daripada 40 buah hadis yang berkaitan dengan pengampunan dosa.” ~ Al-‘Alim al-Faqih Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

 

Tentang Penulis

Syeikh Mohd Rasydan Bin A Rahman. Merupakan anak jati Kupang, Baling Kedah. Mendapat pendidikan awal di SK Kuala Kupang, kemudian peringkat menengah di Maktab Mahmud Yan dan Alor Setar. Setelah tamat STAM, menyambung pengajian ke Maahad Tarbiah Islamiah Derang sebelum ke Universiti al-Azhar asy-Syarif di Kaherah, Mesir dalam bidang Syariah Islamiah. Pernah berkhidmat sebagai seorang guru di SMK Baling dan pensyarah di Kolej Poly-Tech MARA. Kini, bertugas sebagai Penolong Pegawai Agama Daerah Sik. Beliau juga AJK Persatuan Ulama Kedah (PUK), penceramah rancangan Nasihatul Tasnim di Kedah FM dan seorang pendakwah bebas. Ya Allah, Ampuni Aku merupakan karya pertama beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
 

ISBN: 978-629-7556-10-9

Penulis: SYEIKH MOHD RASYDAN A RAHMAN

Kod: GB0731

Saiz: 21.5cm x 14cm (Portrait)

Tebal: 232 halaman

Teks Dalam: 2C

Berat: 0.5 kg

Harga: RM25.00 / RM27.00*