Menu
Your Cart

40 Hadis Peringatan Tentang Kubur & Kematian

Naskhah kecil ini menghimpunkan lebih 40 hadis Nabi Muhammad SAW yang memberi nasihat dan peringatan penting kepada umat Islam tentang kematian yang akan dihadapi, alam kubur yang menanti serta panduan untuk menghadapinya.

Semoga amalan mengingati kematian akan dapat membantu kita meningkatkan amal ibadah untuk mendapat husnul khatimah, dilapangkan kubur dan selamat daripada azab seksanya.

Hadis-hadis dalam naskhah ini menerangkan beberapa perkara seperti:

           Tanda-tanda husnul khatimah.

           Pemandangan di dalam kubur dan azab yang menanti penghuninya.

           Dosa-dosa yang menyebabkan azab kubur dan amalan-amalan yang menyelamatkan daripadanya.

           Keadaan roh-roh orang yang beriman dan tidak beriman.

Tags: Kematian , Kubur