Menu
Your Cart

Seindah Akhlak Nabi SAW

Buku ini menghimpunkan 600 hadis tentang kisah-kisah akhlak Nabi Muhammad SAW yang mesti dicontohi. Setiap hadis disusun dan diletakkan dalam tajuk-tajuk yang diperincikan mengikut pelbagai kategori yang merangkumi setiap sudut kehidupan Baginda sama ada akhlak Baginda dengan diri sendiri, ahli keluarga, para Sahabat, kanak-kanak mahupun terhadap haiwan dan makhluk yang tidak bernyawa.

Antara akhlak Baginda yang dikisahkan dalam naskhah ini:
•    Lemah lembut dalam mengajar dan berdakwah.
•    Rahmat kepada umat.
•    Memaafkan kesalahan orang lain.
•    Membantu urusan keluarga.
•    Suka berbincang dan bermesyuarat.
•    Suka bersedekah dan menolong orang lain.
•    Membantu menunaikan hajat dan permintaan orang lain.
•    Adil, bijaksana, lemah lembut dan pemaaf.
•    Qana‘ah (berasa cukup dengan apa yang ada).
•    Zuhud, warak, tawadhuk dan amanah.

 

JUDUL: SEINDAH AKHLAK NABI (hard cover)
ISBN: 978-983-097-934-2
PENULIS: USTAZ MUHADIR HAJI JOLL 
SAIZ: 16.5 cm x 23.5 cm
TEBAL: 944 m/s
ISI DALAM: 2C
Berat (anggaran): 2kg
HARGA: RM 98.00