Menu
Your Cart

Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga

Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
-25 %
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga
  • Stock: 38
  • Weight: 0.30kg
  • ISBN: 978-983-097-948-9
Product Views: 11407
RM18.75
RM25.00

Amalan sihir ini telah wujud sejak berkurun lamanya dan terus berlaku tanpa mengira sama ada sesebuah negara itu maju atau mundur.

Persoalan sihir pemisah, kesan akibat, faktor, keadaan ketika menghadapinya sehingga kini belum diketahui dan dirungkai sepenuhnya oleh masyarakat. Sihir Pemisah Tafriq Dalam Rumah Tangga ditulis berasaskan teori dan kisah benar yang dialami sendiri oleh penulis dalam merawat pesakit yang berdepan dengan masalah tafriq. Turut dikongsikan kajian kes melibatkan pesakit yang menjadi mangsa sihir tafriq ini.

Terdapat enam jenis sihir pemisah yang sering digunakan bagi memusnahkan sesebuah perkahwinan. Kenali setiap satunya dan kenali juga gejala-gejalanya. Jangan dibiarkan berlarutan. Ia perlu dirawat.

Gejala terkena sihir tafriq tidak dapat dikesan oleh rawatan moden, justeru ia tidak dapat dirawat oleh para doktor yang merawat dengan kaedah saintifik. Apa yang boleh dilakukan oleh pesakit adalah mendapat rawatan alternatif iaitu pengubatan Islam (ruqyah).

Buku ini juga memberi kaedah ruqyah yang boleh diamalkan oleh pesakit.

Kebanyakan ahli masyarakat yang mendapatkan khidmat perubatan tersebut tidak mengetahui sama ada pengamal yang didatangi itu benar-benar mematuhi syariat atau sebaliknya. Ia berpunca daripada kurang kefahaman agama, keliru, terdesak atau terpengaruh dengan iklan hebat dan cerita yang didengar, apatah lagi pengamal digelar ‘ustaz’ atau berstatus ‘haji’ serta berpenampilan sebagai seorang yang boleh dipercayai. Tambahan pula pengamal rawatan tersebut tidak perlu memiliki ‘Sijil Patuh Syariah’ dalam memberikan perkhidmatannya. Ini menyebabkan masyarakat tidak dapat mengenal pasti statusnya, malah ada yang mengambil kesempatan menipu pelanggan dengan pelbagai helah.

Sepanjang terlibat dalam membantu pasangan suami isteri yang menjadi mangsa sihir pemisah (tafriq) di mahkamah, saya temui pelbagai kisah yang menyayat hati berlaku antara pasangan. Ada antara suami yang menceraikan isterinya dalam keadaan dia tidak sedar apa yang dilafazkan. Ada isteri yang dikawal oleh ‘sesuatu’ sehingga menyebabkan beliau bertindak luar kawalan. Justeru, dengan adanya buku tentang rawatan sihir tafriq ini akan dapat dijadikan rujukan oleh mana-mana pasangan bagi menghadapinya.

TENTANG PENULIS
Dr Mahyuddin bin Ismail

Pensyarah Kanan, Pusat Sains Kemanusiaan, Uni. Malaysia Pahang.
Merangkap Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Kajian Lanjut Undang-undang Jenayah Sihir,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tags: sihir