Menu
Your Cart

Amalan Mengangkat Darjat (EDISI KEMASKINI)

Amalan Mengangkat Darjat Edisi Kemas Kini
(Judul asal: Amalan Mengangkat Darjat)
Penulis: Ustaz Haji Jafri Abu Bakar Mahmodi
ISBN: 978-629-7716-13-8
Kod: GB0831
Saiz: 
19cm X 12.5cm (Portrait)
Tebal: 
128 muka surat (1 color)

Berat:
Harga: RM15.00/RM17.00

SINOPSIS

Amalan Mengangkat Darjat (Edisi Kemas Kini) kini menampilkan tiga penambahan utama:

1. Takhrij hadis di akhir setiap perbahasan (sebanyak 57 hadis telah ditakhrij).
2. Bab tambahan: 8 amalan yang dapat meningkatkan darjat di syurga.
3. Lima selawat pilihan turut disertakan sebagai pelengkap.


Buku ini menghimpunkan amalan-amalan berdasarkan hadis-hadis dan amalan yang disarankan oleh para alim ulama. Ia turut dilengkapi jadual harian untuk memudahkan umat Islam memaksimumkan ibadah sepanjang hari, dari saat bangun pagi hingga waktu tidur malam.

Antara Kandungan Buku Ini:

 Ibadah Qiamullail
 Amalan Waktu Subuh
 Amalan Selepas Terbit Matahari
 Amalan Waktu Zuhur
 Amalan Waktu Asar
 Amalan Waktu Maghrib
 Amalan Waktu Isyak
 Amalan dan Adab Ketika Hendak Tidur
 Wirid al-Qusyasyiah
 Wirid Rabbani

Istimewanya, semua amalan dalam buku ini disusun dalam bentuk jadual beramal, menjadikannya panduan praktikal bagi memudahkan pelaksanaan ibadah harian. Ia sangat membantu sebagai rujukan cepat agar setiap detik kehidupan diisi dengan amal soleh dan keberkatan.