Menu
Your Cart

Eksklusif Solat-Solat Sunat *Edisi Jimat

Judul: EKSKLUSIF SOLAT-SOLAT SUNAT versi baru
Pengarang: Ustaz Dr. Udah Mohsin
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-742-3
Kod: GB0540
Tebal: 424 ms
Harga: RM 30.00/ 32.00 SS
Berat: 0.47 kg (470 gm)


SINOPSIS:

Solat-solat sunat menghampirkan diri kita kepada Allah SWT. Semakin banyak dilakukan, semakin dekat kita kepada Allah SWT. Ia juga sebagai tanda kesyukuran dan menjadi penampal kepada kekurangan-kekurangan yang ada pada solat fardu. Namun, adakah kita mengetahui sandaran dalil dan sumber solat-solat sunat ini disyariatkan? Bagaimanakah Rasulullah SAW melaksanakan solat-solat sunat ini? Buku Eksklusif Solat-solat Sunat merungkai segala persoalan ini. Buku ini amat membantu masyarakat Islam mengenali amalan-amalan sunat yang disyariatkan oleh Allah dengan sebaik-baiknya. Hadis-hadis yang dipaparkan pada setiap solat sunat yang dibicarakan dalam buku ini berserta paparan rujukannya, mengingatkan pembaca bahawa ibadat yang dilakukan itu ada sandarannya.

Tentang Penulis

Mantan Prof. Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mendapat Pendidikan Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Al-Azhar. Banyak menulis buku, artikel dan kertas kerja. Antara buku beliau ialah Syarah Sahih al-Bukhari, Kumpulan Hadith Masyhur, Ulum al-Hadith dan Pengenalan Kitab-kitab Hadith al-Sunan al-Sittah. Beliau sekarang sebagai Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).