- Stock: 66
- Weight: 0.50kg
- ISBN: 978-629-7556-11-6
“Orang yang paling aku cintai dan yang paling dekat denganku kelak di akhirat adalah orang yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang paling aku benci dan paling jauh denganku kelak di akhirat adalah orang yang paling buruk akhlaknya. Iaitu mereka yang banyak berbicara, bermulut besar (sombong) dan suka mencemuh manusia dengan kata-katanya.” (Riwayat Imam Ahmad)
Buku di tangan pembaca ini adalah himpunan kisah-kisah kemuliaan Nabi kita, Nabi Muhammad ﷺ. Baginda ﷺ adalah satu-satunya makhluk Allah SWT yang paling banyak disebut dan diingati oleh manusia lain kerana baginda dicipta untuk manusia mendapat kebahagiaan yang sempurna di dunia dan akhirat. Tanpa cinta dan ingatan kepada Nabi ﷺ, cacatlah kehidupan sekalipun seseorang itu memiliki pangkat dan harta setinggi gunung.
Tentang Penulis
Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Haji Mohd Romli dilahirkan di Baling, Kedah. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang, Baling seterusnya di Maktab Mahmud Alor Setar, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Pengajian Hadis dan seterusnya pengajian peringkat Sarjana di Universiti At-Tohiriah Jakarta, Indonesia. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Ustazah Mahani Binti Mohamad dan dikurniakan lapan cahaya mata yang kesemuanya menjadi hafiz dan hafizah Al-Quran. Rasulullah ﷺ di Hati adalah karya kedua beliau selepas Rumah Tangga Bahagia yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.