- Stock: 71
- Weight: 0.30kg
- Dimensions: 23.50cm x 16.50cm x 0.00cm
- ISBN: 978-983-097-960-1
Kitab Kiamat Hampir Tiba susunan Guru Mulia, Syaikh Ahmad Fahmi bin Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, rahimahullahu rahmatan wasi’ah menjelaskan tentang empat puluh hadis peristiwa akhir zaman dan tanda-tanda besar sebelum berlakunya hari kiamat.
Manakala buku ini, Ringkasan Kronologi Tanda-tanda Besar Kiamat disusun untuk memudahkan lagi kefahaman pembaca mengenai gambaran berlakunya beberapa peristiwa besar yang menjadi tanda-tanda utama sebelum berlakunya kehancuran alam semesta.
Naskhah ini diolah dalam bentuk gambar rajah, carta dan grafik berwarna-warni. Dengan gaya penyampaiannya yang ringan, buku ini mampu memudahkan pembaca bagi memahami kronologi tanda-tanda besar kiamat.
Tentang Penulis
Ustaz Muhadir bin Haji Joll As-Sanariy. Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini merupakan Penasihat Syariah Galeri Ilmu Media Group. Sering dijemput sebagai pentazkirah tetap segmen Maulid@IKIM.fm, Tarbiyah dan Topik Jumaat di Radio IKIM dan Az-Zikra di Radio KLfm. Juga sering muncul dalam rancangan keagamaan di TV AlHijrah, TV3, dan TV9. Aktif menyampaikan ceramah serta mengendalikan daurah di seluruh Malaysia. Ringkasan Kronologi Tanda-tanda Besar Kiamat adalah karya ke-37 beliau yang diterbitkan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.