Menu
Your Cart

31 Soal Jawab Bid’ah - HARDCOVER

31 SOAL JAWAB BID'AH - Hardcover *UST. MUHADIR HJ JOLL*
Kategori: Fardu Ain
Penulis: Ustaz Muhadir Hj Joll
TEBAL: 448 m/s
ISBN: 978-983-097-923-6 (Kulit Keras)
KOD: GB0632
HARGA: RM 50.00/ 52.00 SS

BERAT: 1.00 kg



SINOPSIS:

Persoalan mengenai bid’ah yang dijelaskan dalam buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama:

           Bab pertama membincangkan definisi, pembahagian, dalil dan pendapat-pendapat ulama tentang bid’ah dengan disertai ayat al-Quran, hadis dan atsar Sahabat sebagai hujah dan contoh agar pembaca dapat memahami dengan tepat apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan bid’ah.



           Bab kedua pula membincangkan definisi, dalil dan contoh-contoh berkenaan at-tark serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

           Bab ketiga menghuraikan 17 syubhah tentang bid’ah yang sering diperdebatkan umat Islam seperti bid’ah hasanah dan bid’ah dhalalah, sambutan Maulidur Rasul, bacaan surah Yasin pada malam tertentu dan banyak lagi isu yang diberi pencerahan lengkap.

Tentang Penulis: Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini merupakan Penasihat Syariah Galeri Ilmu Media Group. Sering dijemput sebagai pentazkirah tetap segmen Maulid@IKIM.fmTarbiyah dan Topik Jumaat di Radio IKIM dan Az-Zikra di Radio KLfm. Juga sering muncul dalam rancangan keagamaan di TV AlHijrah, TV3, dan TV9. Aktif menyampaikan ceramah serta mengendalikan daurah di seluruh Malaysia. 31 Soal Jawab Bid’ah adalah karya ke-25 beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.


KANDUNGAN

Tentang Penulis:

Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini merupakan Penasihat Syariah Galeri Ilmu Media Group. Sering dijemput sebagai pentazkirah tetap segmen Maulid@IKIM.fmTarbiyah dan Topik Jumaat di Radio IKIM dan Az-Zikra di Radio KLfm. Juga sering muncul dalam rancangan keagamaan di TV AlHijrah, TV3, dan TV9. Aktif menyampaikan ceramah serta mengendalikan daurah di seluruh Malaysia. 31 Soal Jawab Bid’ah adalah karya ke-25 beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

 

KANDUNGAN

MUQADDIMAH

·        Kata-kata Aluan, Sahibus Samahah, Yang Berhormat, Dato‘ Haji Mohd. Yusof bin Haji Ahmad Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus

·        Kata-kata Aluan, Sahibus Samahah, Yang Berbahagia, Datuk Seri Dr. Haji Abdur Rahman bin Haji Osman, Mufti Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur

 

BAHAGIAN (A):

BID’AH DAN PERKARA-PERKARA

BERKAITAN DENGANNYA

 

BAHAGIAN (B):

AT-TARK DAN PERKARA-PERKARA

BERKAITAN DENGANNYA

 

BAHAGIAN (C):

SYUBHAH DAN JAWAPANNYA