Menu
Your Cart

(LIMITED) Bustanul Arifin

Kitab ini ialah antara kitab karangan al-Imam al-’Alim al-’Allamah Syaikul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya bin Syaraf an-Nawawi rahimahullah Taala atau yang lebih masyhur dengan sebutan al-Imam An-Nawawi sahaja. 

Al-Iman an-Nawawi telah memulakan kitabnya ini denga satu muqaddimah yang menerangkan hakikat kehidupan dunia yang bersifat sementara ini dan menekankan pentingnya untuk seseorang membuat bekalan bagi kehidupan yang abadi di akhirat nanti. 

Kemudian beliau mebicarakan tentang niat dan kepentingannya dan cara menghadirkannya di dalam hati pada segala bentuk ibadah yang dilakukan oleh seseorang. Turut dimuatkan beberapa hadis yang penting untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan. 

Turut dimuatkan ungakapan para ulama yang indah-indah yang merupakan kata-kata mutiara yang sangat mahal harganya. Ungkapan tersebut telah lahir daripada pengalaman mereka sendiri dalam mujahadah dan usaha yang berterusan untuk menjadi seorang insan yang benar-benar hidup di dunia ini sebagai hamba Allah Taala. 

Tidak dilupakan, Imam an-Nawawi membiacarakan juga dengan panjang lebar perihak karamah wali-wali dan mawahib (keistimewaan) mereka dan segala permasalahan yang berkaitan denga karamah, kemudian diikuti pula dengan menyebutkan beberapa contoh darpada karamah mereka yang telah berlaku. 

Tersangatlah banyak untuk dihuraikan. Untuk lebih detail boleh dapatkan buku ini. 

 

Berat Buku: 0.6kg

Warna: Hitam Putih.