-41 %
Saka Cincin Long Esah
- Stock: 7
- Weight: 0.21kg
Product Views: 18164
RM10.00
RM17.00
SAKA CINCIN LONG ESAH
ISBN: 978-983-097-783-6
Penulis: SUHANA SALLEH & NIDA ZAHAR
Kod: BP0034
Tebal: 264 ms
Berat: 0.21 KG (210 gm)
Harga: RM17.00/ RM19.00
SINOPSIS
Novel SAKA CINCIN LONG ESAH mengisahkan Diana cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di kampung tetapi ternyata ia bukanlah perkara yang mudah bagi dirinya. Apatah lagi dia perlu mendiami rumah pusaka neneknya yang begitu asing kerana sebelum ini dia telah dibesarkan di bandar.
Baru sahaja mendiami rumah pusaka itu, dia telah pun didatangi dengan perkara-perkara yang pelik dan misteri. Malam pertama di rumah itu dia telah terdengar suara dari arah dapur. Manakala adiknya Imran pula telah hilang ketika bermain di halaman rumah hingga memaksa bapanya memanggil bomoh terkenal di kampung itu dan turut mendapatkan bantuan dari seorang ustaz. Syukur, adiknya berjaya di jumpai oleh ustaz berpandukan pada mimpi mama yang melihat Imran duduk dalam keadaan ketakutan di bawah sebatang pokok besar iaitu pokok jejawi yang terdapat di halaman rumah tersebut.
Di rumah pusaka itu terdapat sebuah bilik dan ia menjadi kawasan larangan bagi setiap penghuni rumah terbabit. Apa yang dilarang itu menjadi sesuatu yang menggugah naluri ingin tahu Diana. Penemuan Diana dari dalam bilik misteri itu telah membawa Diana ke garisan permulaan kepada pembongkaran misteri keluarga yang telah dikambus sekian lama.
Kejadian demi kejadian aneh kian tersingkap, bermula di rumah dan berlanjutan pula hingga ke kampus. Pertanyaan demi pertanyaan sering bermain dimindanya apabila dia mampu untuk melihat satu demi satu penampakan mistik seolah-olah tiada lagi hijab di hadapan matanya.
Ternyata konflik diri dan keluarga akhirnya membawa Diana untuk mengenali diri dengan lebih mendalam dan memberikannya sebuah erti kehidupan yang menjangkaui batasan pemikirannya.
TENTANG PENULIS
Suhana Salleh adalah seorang pengusaha taska yang menulis. Beliau pernah menghasilkan sebuah novel awal remaja bersama Galeri Ilmu pada tahun 2011 bertajuk 'Namaku Alias Lee'. Kini beliau kembali aktif menulis tapi hanya di belakang tabir atau lebih dikenali sebagai ghostwriter. Seorang yang cepat mesra dengan kanak-kanak dan remaja. Bekerjasama dengan Nida Zahar.
Nida Zahar merupakan seorang penulis yang mempunyai minat yang unik dalam penulisan kisah seram berdasarkan pengalaman sebenar. Sudah menerbitkan beberapa buah buku terbit sendiri dan hasil kolaborasi dengan sebuah kumpulan paranormal tempatan.
Beliau juga giat mengkaji dan merekod kisah-kisah mistik di lokasi-lokasi angker seluruh negara.
Selain daripada menulis kisah seram, beliau juga merupakan penulis upahan yang telah menghasilkan beberapa buku tokoh berdasarkan kisah hidup (autobiografi).
Tags:
Saka Cincin Long Esah