Menu
Your Cart

2 KALI PERTAMA KALI … Dia Maha Mengetahui (SM 246)

2 KALI PERTAMA KALI … Dia Maha Mengetahui (SM 246)
-15 %
2 KALI PERTAMA KALI … Dia Maha Mengetahui (SM 246)
  • Stock: 66
  • Weight: 0.40kg
  • Dimensions: 23.00cm x 12.00cm x 1.00cm
  • ISBN: 978-629-7556-57-4
Product Views: 3645
RM34.00
RM40.00

2 KALI PERTAMA KALI … Dia Maha Mengetahui
ISBN: 978-629-7556-57-4
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim Bersama Rakan-rakan
Kod: GB0771
Tebal: 336 ms
Saiz: 14cm x 21.5cm (Portrait)
Presentation: 4C
Berat: 0.65 kg
Harga: RM40.00 / RM42.00

Sinopsis

2 KALI PERTAMA KALI … Dia Maha Mengetahui dijayakan oleh 25 orang penulis yang berbeza latar belakang dan usia. Ada yang sudah berpengalaman menulis buku dan ada yang buat pertama kali menulis.

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian pertama menceritakan kisah dan pengalaman pertama kali penulis mengerjakan haji dan umrah. Biarpun misi dan tempatnya sama iaitu Tanah Suci, anehnya setiap penulis mempunyai kisah dan pengalaman yang berbeza-beza. Setiap kisah amat menarik untuk diambil iktibar bahkan boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang mahu mengerjakan ibadah tersebut buat pertama kali.

Bahagian kedua mengisahkan pengalaman/peristiwa hidup pertama yang paling signifikan dan berbekas di hati penulis. Setiap kisah mempunyai daya tarikan tersendiri yang boleh dijadikan sempadan dan teladan.


­­­­­­­­­­­­
Petikan Bab 31 BERCINTA KE GUNUNG ADAM

 Tepat jam empat petang, kami akhirnya sampai ke puncak Gunung Adam setelah mendaki hampir 16 jam. Air mata gugur tanpa diminta. Daku sujud syukur di puncak gunung setinggi 2243 meter dari aras laut ini. Inilah nikmat tertinggi yang aku dapat rasakan. Sujud di puncak dunia.

Kelihatan sebuah pondok polis Sri Lanka dengan dua anggotanya. Sedikit ruang untuk para pendaki berehat. Beberapa orang sami Buddha pula sedang meniup serunai, memukul gendang dengan ritual acara keagamaan mereka. Mungkin kehairanan melihat rombongan pendaki ini tiba-tiba muncul pada sebelah petang.

Aku lihat ada sebuah pondok sederhana. Beberapa orang sami Buddha duduk berhampiran dengannya. Dengan izin mereka, kami dibenarkan masuk untuk melihat sebuah batu yang mempunyai lekuk sebuah tapak kaki yang sungguh besar. Anuar cepat merakam video. Kami bersusah payah untuk video ini.

Itulah bekas tapak kaki Nabi Adam alaihissalam.

Setelah 40 minit berada di puncak, kami semua harus bersegera turun sebelum matahari terbenam. Perjalanan turun lebih pantas berbanding pendakian walaupun kaki dan betis sudah tegang dan sakit.

Kami selamat turun ke bawah pada jam 8.30 malam. Cukuplah pendakian ini. Allah jua yang menjaga hamba-hamba-Nya ini. Begitulah … hambatan kru Jejak Rasul, TV3, bukan semua mudah. Ujian selalu ada. Begitulah jalan dakwah penyiaran.

~Ahmad Noor Sulaiman