Menu
Your Cart

Ajaklah Dia … Sepatah Biarpun Sukar

Ajaklah Dia … Sepatah Biarpun Sukar
-15 % Out Of Stock
Ajaklah Dia … Sepatah Biarpun Sukar
  • Stock: Out Of Stock
  • Weight: 0.50kg
  • Dimensions: 23.00cm x 12.00cm x 1.00cm
  • ISBN: 978-629-7556-47-5
Product Views: 3466
RM25.50
RM30.00


Ajaklah Dia … Sepatah Biarpun Sukar

Ajaklah Dia … Sepatah Biarpun Sukar
ISBN: 978-629-7556-47-5
Kod: GB0769
Penulis: Khairul Anuar Basri & Muhd Kamil Ibrahim
Tebal: 216 ms
Saiz: 14cmX 22cm
Berat: 0.5 kg
Harga: RM30.00/RM32.00

Sinopsis:
Mengajak kepada kebaikan merupakan amal ibadat. Di sana sini, peluang ini terbuka luas. Ironinya, ramai yang memilih berdiam diri dan membiarkan ia berlalu. Mereka merasakan ia tidak perlu. Lalu kami bersepakat, buku ini menjawab pertanyaan, “Kenapa ia perlu dilakukan?” Kami  bercerita tentang sasaran dan bahan ajakan untuk menjadi pertimbangan khalayak pembaca.

Dulu-dulu, hanya mereka yang alim agama bertugas dalam tugas mengajak. Lahirlah istilah pendakwah. Usaha mereka menjurus kepada hukum-hakam syariah. Lalu berdakwah – menyampai walau sepotong ayat – menjadi sukar. Batasan ilmu di dada menjadi penghalang. Terasa-rasa tidak layak dan ia bukan tugas kita.

Dunia kini berbeza.

Sempadan dunia mengecil. Jarak menjadi terlalu dekat. Teknologi memudahkan. Mad‘u yang datang dari pelbagai watak dan disiplin kelihatan lebih pintar dan mudah menyerap kreativiti dakwah. Benarlah ... saranan betapa setiap orang boleh menjadi pendakwah kian jelas dan mula menjadi kenyataan.

Tentang Penulis:
KHAIRUL ANUAR BASRI:

LATAR BELAKANG / KERJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (syarikat jual beli emas fizikal

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN: 
Master Of Comparative Laws, IIUM

PENERBITAN: Travelog Huffaz : Mengapa Aku Menghafaz Al-Quran,  Kaya Dengan Emas, Emas Dan Syariah, Buat Duit Dengan Consumerchant, Umrah Mudah Sungguh, Umrah Vip (Very Important Patient), Ujian Kita, Usah Berdukacita & Celik Wang Usia Muda.

.

.

MUHD KAMIL IBRAHIM

Dr Muhd Kamil Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Prof MKI merupakan mantan Profesor Perakaunan di UniKL Business School. Beliau pernah berkhidmat lebih daripada 24 tahun di UiTM dan tiga tahun di Universiti Taibah, Madinah. Beliau lahir di Besut, Terengganu dan melanjutkan pelajaran di MRSM Pengkalan Chepa, Universiti Teknologi MARA, University of Dundee, Scotland dan University of Wales, United Kingdom. Prof MKI merupakan penulis prolifik. Bermula dikenali ramai dengan buku klasik yang anggaran dibaca lebih sejuta orang, Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, beliau telah menulis banyak buku berunsur kerohanian mengajak khalayak pembaca menghampirkan diri kepada-Nya. Beliau juga menyampaikan kuliah, tazkirah dan motivasi di masjid, sekolah dan di pelbagai organisasi kerajaan dan swasta secara percuma.