Menu
Your Cart

[LIMITED] Tip Kewangan Viral

[LIMITED] Tip Kewangan Viral
-25 % Out Of Stock
[LIMITED] Tip Kewangan Viral
  • Stock: Out Of Stock
  • Weight: 0.41kg
  • Dimensions: 23.00cm x 12.00cm x 1.00cm
  • ISBN: 978-983-097-781-2
Product Views: 4984
RM22.50
RM30.00

Judul: Tip Kewangan Viral
ISBN: 978-983-097-781-2
Penulis: Syafieqah Alya
Kod: GB0532
Tebal: 256 ms
Harga: RM30 / RM32
Berat: 0.41 kg (410 gm)
 
SINOPSIS
Sanggup tidak anda jika kena buat begini:

A. Pergi kerja naik motor, di samping dapat sampai ke tempat kerja lebih awal, anda juga boleh jimat minyak dan tol.
B. Di tempat kerja, bawa bekal makan tengah hari lagi bagus, siap bawa buah potong dan air fresh oren buatan sendiri. Jimat banyak geng! Kawan pun boleh terliur tengok makanan kita.
C. Tinggallah sementara waktu dengan keluarga jika dapat kerja berdekatan dengan rumah. Duit yang orang lain buat bayar sewa rumah, kita gantikan sebagai duit poket mak ayah kita. Berkat pun dapat.
D. Kurang berbelanja sakan, cukup dengan apa yang kita ada. Matlamat kita untuk penuhkan tabungan hingga tercapai impian kita.
E. Cari pasangan yang cukup memahami tentang kewangan diri dan masa depan bersama. Tidak salah kurangdating. Yang salah bila kita tidak buat cara yang betul dengan halalkan hubungan yang terbina.
Sanggup atau tidak, tepuk dada tanya pada diri. Sekatan kewangan ini bukan untuk selama-lamanya tetapi untuk seketika, sementara kita membina mahligai kehidupan yang lebih baik.
 
Kewangan yang kita bakal bina adalah untuk keluarga kita juga. Fikirkan dari banyak sudut, percayalah anda akan rasa menyesal kerana tidak mula dari awal, sedangkan sudah berapa lama pula masa kita terbuang dengan perkara yang sia-sia.

Masa depan kita tidak tunggu kita untuk bersedia, tetapi kita sendirilah yang kena lebih menghargai masa kita. Anda sudah bersedia? Jom mulakan bina kewangan.

 
KANDUNGAN BUKU
MUQADIMAH
1.      ASAS KEWANGAN
2.      GAYA HIDUP
3.      SIMPANAN & TABUNGAN
4.      JOM MELABUR
5.      HUTANG
6.      PEMILIKAN ASET & HARTANAH
7.      PELAN PERLINDUNGAN
 
TENTANG PENULIS
Nursyafieqah seorang Financial consultant.
Pencapaian :
1. Merupakan graduan diploma in Accounting dan menerima award 'Anugerah Naib Chancellor'
2. Aktif berkongsi idea dan pengalaman kewangan melalui laman sosial Facebook, Telegram serta seminar
3. Mempunyai pengikut di FB seramai 71K.
4. Mula viral pada Januari tahun 2016 'Kisah gadis muda memiliki rumah superlink 5 bilik tidur 5 bilik air, kereta Subaru XV, kereta myvi, pembiayaan ASB 200K, tiada kredit kad dan tiada personal loan dengan hanya permulaan gaji RM1,600 pada usia 24 tahun'.
5. Pernah keluar surat khabar Sinar Harian pada 28/2/17 di ruangan Lanai dengan tajuk 'Gaji rendah bukan penghalang'
6. Pernah keluar rancangan TV:
- TV9 =  'Nasi Lemak Kopi O' 3 march lepas di bawah slot inspirasi
- Bernama Astro = NINE11 dibawah slot inspirasi
- TV3 = Ringgit Sense di bawah slot urus kewangan cara yang betul
- Astro PM Live = kewangan