- Stock: 132
- Weight: 0.40kg
- Dimensions: 23.00cm x 12.00cm x 1.00cm
- ISBN: 9786297556246
Cash Flow Untuk Wanita Edisi Kemas Kini
ISBN: 9786297556246
Kod: GB 0746
Penulis: Shamsuddin Kadir & Ain Muhammad
Tebal: 280 ms
Saiz: 14 cm X 22 cm
Berat: 0.6 kg
Harga: RM35.00/RM37.00
(Pertama kali terbit: April 2017)
SINOPSIS
Ramai wanita atau isteri, sanggup berbelanja semata-mata untuk mempamerkan nilai diri yang mewah, tetapi tidak setaraf dengan nilai kewangan yang mereka ada. Jika tidak diubah gaya berbelanja dan gaya berfikir, sistem kewangan hidup juga mustahil berubah ke arah yang lebih baik.
Justeru, wanita harus kenal cara betul berbelanja bagi memastikan tiada gangguan dalam sistem kewangan mereka. Mempelajari psikologi tentang cash flow (aliran tunai) wanita, mempunyai banyak faedahnya.
Pertama, ia membolehkan seseorang wanita itu memahami faktor-faktor yang menunjukan gaya berbelanja individu itu bertambah baik atau sebaliknya. Dengan pengetahuan itu, mereka dapat mengambil langkah-langkah membetulkan keadaan.
Kedua, sekiranya sistem pengurusan wang gaji terganggu, maka proses bedah siasat wang gaji itu dapat dijalankan dengan mengenal pasti punca-punca kesan negatif itu.
Kandungan Menarik:
Bedah Siasat Cash Flow Wanita, Ejen dan Perunding Kewangan Yang Gila Komisen, Cash Flow Pelaburan Untuk Wanita, Melindungi Duit dan Harta Daripada Musibah, Jangan Kahwin Ikut Cinderella, Mengejar Simbol Kekayaan Palsu, Perangkap Pasar Raya, Kos @ Risiko Diceraikan, Sediakan Payung Sebelum Suami Mati, Sistem Tabungan Untuk Suri Rumah, Penama/Hibah Sudah Buat?, Bahagian Faraid Untuk Wanita, Memberi Pinjaman Kepada Waris dan Kawan, Harta Faraid Apabila Suami Meninggal Dunia, Apabila Suami Kahwin Lagi, dan lain-lain lagi.