Menu
Your Cart

KOMBO TADABBUR AL-QURAN

Koleksi buku-buku tadabbur tulisan Dr Ustaz Shamsul Mohd Nor dengan tawaran harga diskaun istimewa:


1. Rahsia Nama 114 Surah al-Quran

Naskhah ini hadir bagi mengetengahkan pesan-pesan utama di sebalik nama-nama surah yang terkandung di dalam Al-Qur’an. Penting bagi umat Islam untuk mengetahui latar belakang dan rahsia di sebalik nama-nama surah tersebut. Kerana hanya dengan mengetahui dan memahaminya, umat Islam mampu mendapatkan gambaran umum tentang isi kandungan Al-Qur’an dengan lebih utuh dan lengkap.

Di samping itu, Rahsia Nama-nama 114 Surah Al-Qur’an ini turut dilengkapi dengan terjemahan kitab Manzhumah Al-Zamzami. Sebuah karya klasik yang ditulis oleh cendekiawan pelbagai disiplin ilmu, Syeikh Abdul Aziz al-Zamzami (900-976 Hijrah). Kandungan kitab ringkas ini adalah berdasarkan perbincangan dalam bab Ulum Al-Qur’an yang terkandung dalam kitab Al-Nuqayah karangan Imam Jalaluddin al-Suyuti. Manzhumah Al-Zamzami merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran asas di beberapa institusi pengajian Islam semenjak era kerajaan Utsmaniyyah. Hingga kini ia masih dijadikan rujukan di beberapa sekolah Islam sama ada di Timur Tengah mahupun Asia Tenggara.

Manzhumah Al-Zamzami merupakan salah satu rujukan asas dan lengkap bagi pembaca yang ingin mengintai luasnya cakerawala perbahasan ilmu Usul Tafsir. Semoga dengan adanya kombinasi antara pengenalan 114 surah dan asas ilmu Usul Tafsir ini, buku ini dapat menjadi panduan yang lengkap bagi mempelajari kandungan Al-Qur’an.

 

 5. AL-QURAN: TAFSIR & TADABBUR  

Sebagai satu-satunya mukjizat Rasulullah ﷺ yang kekal hingga ke akhir zaman, Al-Qur’an umpama lautan hikmah yang tiada bertepi. Buku Al-Qur’an: Tafsir dan Tadabbur memberikan inspirasi yang menarik terkait dengan wacana ilmu-ilmu Al-Qur’an.

Di samping kandungan perbahasannya yang pelbagai, buku ini juga mempersembahkan penjelasan komprehensif dan tuntas terhadap istilah-istilah dalam bidang ‘Ulum Al-Qur’an dengan ulasan yang mudah difahami. Karya tulis ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan oleh pelbagai lapisan masyarakat, kerana ia bagaikan pintu gerbang untuk memasuki khazanah ilmiah yang terkandung dalam wahyu Ilahi tersebut.

Antara perbincangan menarik yang terangkum dalam naskhah ini ialah:

  • Mengenal pelbagai jenis mukjizat yang terkandung di dalam Al-Qur’an.
  • Memahami konsep asas tadabbur yang sebenar.
  • Mengenal cabang-cabang ilmu asas dalam perbahasan ‘Ulum Al-Qur’an.
  • Inti sari lengkap isi kandungan 114 surah dalam Al-Qur’an.


     

    BIODATA PENULIS
    DR. SHAMSUL MOHD NOR
    Memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dengan pengkhususan Tafsir dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berpengalaman luas dalam bidang dakwah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pengasas Sistem Genius Membaca al-Quran dalam masa tiga hari dengan kaedah al-Badar. Perunding Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd. Berpengalaman dalam mengendalikan kursus motivasi dan latihan seperti Rahsia Alam Diri, Islamic Team Building, Effective Supervisory Skills, Interpersonal Skills dan Islamic Leadership Program.