-83 %
Out Of Stock
Diet Mak-Mak
- Stock: Out Of Stock
- Weight: 0.36kg
Product Views: 22686
RM5.00
RM30.00
JUDUL: Diet Mak-Mak
ISBN: 978-983-097-791-1
Kod: GB0541
Penulis: Ruqayyah Muhd
Tebal: 224 ms
Harga: RM30.00/ RM32.00
Berat: 0.36 KG (360 gm)
SINOPSIS
Semua ibu, mahu berikan yang terbaik buat anak di dalam kandungan. Mahu anak yang sihat dan lahir sempurna. Apabila melalui alam berpantang, tiada ibu mahu melalui tempoh berpantang yang sukar. Sering kali juga dimomokkan dengan mitos-mitos yang tidak masuk akal.
Tempoh berpantang juga adalah tempoh ibu belajar menyusukan anak. Semua ibu yang menyusukan anak, mahukan air susu itu dapat menjadi sumber nutrisi yang berkualiti buat anak. Matlamat mahu menyusukan anak secara eksklusif selama enam bulan dan diteruskan sehingga dua tahun usianya. Ibu sanggup bangun memerah susu dan menyusukan anak di tengah malam.
Adakalanya tidur bersandarkan kepala katil demi memastikan anak dapat menyusu dengan baik dan tidur lena. Biar perut berkeroncong hebat, mulut kering dan tubuh letih, tetapi kerana anak mahu menyusu, semua keinginan ibu ditolak tepi dahulu demi seorang anak. Hebatnya kasih sayang ibu yang tidak berbelah bagi. Apa saja demi anaknya pasti akan dituruti.
Namun, ada tikanya kerana anak itu adalah keutamaan, ibu sering terlupa yang mereka itu adalah matahari di dalam sistem suria keluarga. Makan dan minum tidak terjaga baik demi kelangsungan anak dan suami.
Justeru, setelah hampir enam tahun penulis memberikan ceramah di kelas antenatal, banyak persoalan yang diutarakan oleh ibu-ibu. Persoalan yang kadangkala nampak remeh tetapi sebenarnya memberikan impak yang besar dalam kehidupan. Penulis menyedari, ibu-ibu ini tidak punya rujukan bagaimana mahu melalui alam kehamilan ini dengan manisnya.
Maka, naskhah Diet Mak-mak ini, ditujukan khas buat semua mama, mak, ibu, umi di luar sana yang kasihnya seluas langit, cintanya sedalam lautan tak bertepi. Moga coretan rasa ini menjadi panduan buat ibu-ibu di luar sana menjaga pemakanan demi keluarga tercinta.
Tags:
Diet Mak Mak