Terhumban Ke Kawah Neraka
- Stock: 198
- Weight: 0.40kg
- Dimensions: 23.00cm x 12.00cm x 1.00cm
- ISBN: 978-983-097-819-2
Product Views: 3811
RM18.00
Judul: Terhumban Ke Kawah Neraka
Penulis: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-819-2
Kod: GB 561
Tebal: 168 m/s
Saiz: L: 15.2 cm; H: 22.9 cm; W: 0.9 cm
Berat: 0.3 kg
Terbit: Jun 2019
Harga: RM 20.00/ 22.00*
SINOPSIS:
Tidak ada jaminan bahawa kita boleh terlepas daripada dihumban ke dalam neraka. Seandainya terjadi, ia adalah detik yang sangat malang dan sangat merugikan.
Hidup selama 1000 tahun sekalipun, langsung tidak ada makna. Sedih sungguh. Namun kesedihan pada saat itu sudah tidak berguna lagi. Sementara masih bernyawa inilah kesempatan untuk kita membuat persiapan dan beramal sebanyak-banyaknya supaya kita diselamatkan daripada api neraka.
Buku ini tidak menampilkan kisah seram dan menakutkan yang menaikkan bulu roma. Ustaz Ahmad Dusuki mahu kita mengambil ibrah daripada setiap ayat al-Quran dan hadis berkenaan neraka yang terdapat dalam buku ini.
Antara yang dikupas:
o Nama-nama neraka dan sifat-sifatnya
o Nama pintu-pintu neraka
o Gambaran neraka
o Makanan, minuman, pakaian dan tempat tidur di neraka
o Api neraka berbicara
o Hari-hari terakhir di neraka
dan banyak lagi.
KANDUNGAN
TITIAN SIRAT MERENTASI NERAKA
- Melintasi Titian Sirat dengan Selamat
- Nama Pintu-pintu Neraka
KENGERIAN NERAKA
- Nama-nama Neraka dan Sifat-sifatnya
- Kedalaman Neraka
KEDAHSYATAN NERAKA
- Zalim Terhadap Diri Sendiri
- Api yang Menjulang
- Gambaran Neraka
KEPERITAN NERAKA
- Makanan di dalam Neraka
KESENGSARAAN DI NERAKA
- Allah SWT Enggan Melihat Mereka
MAKANAN DAN PAKAIAN DI NERAKA
PAKAIAN DAN TEMPAT TIDUR AHLI NERAKA
PERTENGKARAN AHLI NERAKA DI HADAPAN ALLAH SWT
- Tanda-tanda Kekufuran
- Pertengkaran di hadapan Allah SWT
- Api Neraka Berbicara
- Pertengkaran antara Penghuni Neraka dan Syaitan
HARI-HARI TERAKHIR DI NERAKA
MENGENAI PENULIS
Pendakwah bebas dan penceramah yang aktif menyampaikan kuliah di masjid dan surau seluruh Malaysia. Pernah menjadi tetamu jemputan dalam rancangan televisyen Tanyalah Ustaz, Zikir Hati dan Semanis Kurma, juga program Mau’izati di radio Ikim.fm. Pengasas Maahad Tahfiz An-Nabawi (Selangor, Pahang, Kedah dan Kelantan), juga Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA). Terhumban ke Kawah Neraka ialah karya ketujuh beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Buku-buku beliau dalam siri Mau‘izhah Hasanah: Malam Pertama di Barzakh, Teman di Barzakh, Khabar dari Barzakh dan Talian Hayat di Barzakh merupakan buku laris dan pernah tercalon dalam kategori Buku Bukan Cereka, Anugerah Pilihan Pembaca Popular BH.
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466