Menu
Your Cart

Pedoman Berzikir Semasa & Selepas Solat Fardu



Pedoman Berzikir Semasa & Selepas Solat Fardu

Judul: Pedoman Berzikir Semasa & Selepas Solat Fardu
Penulis: Dr. Udah Mohsin
ISBN: 978-629-7556-49-9
Kod: GB0771
Saiz: 13.5cm X 21.5 cm
Tebal: 216 m/s
Isi Dalam: 2c
Berat: 0.5kg
Harga: RM20.00 / RM22.00*

Sinopsis

“Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Al-Ra’d 13: 28)

Pedoman Berzikir Semasa & Selepas Solat Fardu berusaha menjawab polemik tentang kepelbagaian lafaz bacaan wirid di dalam solat dan amalan berzikir selepas solat fardu. Setiap tajuk perbahasan disertakan hadis-hadis sahih dan pendapat para ulama muktabar.

Antara perbincangan menarik:

- Mengenal pelbagai bentuk lafaz bacaan ketika rukuk, iktidal, sujud dan tasyahud yang warid daripada Rasulullah .



- Zikir-zikir ma’tsur yang dibaca oleh Rasulullah  selepas solat.

- Hadis-hadis yang menunjukkan bahawa Rasulullah  tidak terus beredar selepas solat fardu.

- Lafaz-lafaz istighfar yang warid daripada Rasulullah .

.

Tentang Penulis

DR. UDAH MOHSIN Mantan Profesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mendapat pendidikan Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pernah menjawat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis (Lajnah Tahqiq Hadis) Kementerian Dalam Negeri sesi 2019- 2020, Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor dan Ahli Jawatankuasa Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Pedoman Berzikir Semasa & Selepas Solat Fardu merupakan karya ketujuh beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.