Menu
Your Cart

Solat Mukmin Vs Solat Muslim

Solat Mukmin Vs Solat Muslim
Solat Mukmin Vs Solat Muslim
-15 %
Solat Mukmin Vs Solat Muslim
Solat Mukmin Vs Solat Muslim
Solat Mukmin Vs Solat Muslim
  • Stock: 34
  • Weight: 0.24kg
Product Views: 29761
RM15.30
RM18.00

JUDUL: Solat Mukmin Vs Solat Muslim 

PENULIS: Ustaz Muhammad Nasib Zawawi

ISBN: 978-983-097-680-8

KOD: GB 0457

HARGA: RM 18

TEBAL:  144 ms

BERAT: 0.24 KG (240 gm)

 

Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. (Al-Mukminun 23: 1-2)


SINOPSIS

Saat menunggu masuknya waktu solat seumpama menunggu saat untuk bertemu Sang Kekasih. Mendirikan solat pada awal waktu pula seumpama memenuhi janji setia untuk bertemu Sang Kekasih.

Sebagai seorang Islam, bagaimanakah pelaksanaan solat yang anda dirikan itu? Ayuh! Tinggalkan solat orang jahil. Tinggalkan solat orang lalai. Tinggalkan solat orang riyak. Kita bangkit untuk mendirikan solat sebagai orang soleh, solat sebagai orang yang bertakwa, solat sebagai orang Muqarrabin dan solat sebagai orang A'rifin.

 

Buku SOLAT MUKMIN vs SOLAT MUSLIM dikarang oleh Ustaz Muhammad Nasib Zawawi bertitik tolak daripada keadaan semasa umat Islam di seluruh dunia terutamanya penderitaan umat Islam di Palestin, Syiria dan umat Islam Rohingya. Kenapa semua ini terjadi sedangkan akidah mereka sama dengan akidah kita. Sama-sama menyembah Allah. Adakah Allah tidak lagi menyayangi kita?

 

Berhenti menyalahkan Allah tetapi salahkan diri  kita sendiri, umat Islam yang telah lama tidak menjaga hubungan kita dengan Allah SWT. Kita juga tidak bersungguh-sungguh mengabdikan diri kita kepada-Nya dan telah banyak pula larangan Allah yang kita kerjakan.

 

Melalui solatlah kita dapat memperbaiki hubungan rasmi kita dengan Allah SWT.  Kita tingkatkan solat kita daripada solat Muslim kepada solat orang Mukmin. Daripada solat yang hanya mementingkan kuantiti kepada kualiti. Solat yang mengharapkan upah semata-mata kepada solat yang memberikan ketaatan dan cinta. Moga dengannya Allah pasti membantu kita umat Islam seluruh dunia untuk kemuliaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Insya-Allah.

 

Kandungan

 

♦ Perbezaan Antara Mukmin dengan Muslim

1. Solat Di Awal Waktu VS  Solat Ikut Suka Hati

2. Solat Berjemaah VS  Sendirian 

3. Menunggu  Azan VS  Datang Setelah Azan 

4. Bersungguh dan Beradab VS  Bermalas-malas ke Tempat Solat 

5. Munajat VS  Semata-mata Bacaan dan Pergerakan 

6. Nak Jadi Baik Kena Solat  VS  Solat Tanda Orang yang Baik 

7. Solat kerana SYUKUR dan CINTA  VS  Semata-mata Pahala dan Ganjaran 

8. Seronok Bertemu Allah VS  Beban 

9. Istirahat dalam Solat VS  Selepas Solat 

10. Istiqamah dan Kualiti  VS  Kuantiti 

11. Sanggup Bersusah-susah VS  Tidak Sanggup  

12. Memelihara Solat  VS  Mengerjakan Solat 

13. Melengkapkan Pakej Solat VS  Mengerjakan yang Fardu 

14. Memanjangkan Solat  VS  Memanjangkan Doa 

15. Bersungguh-sungguh dan Khusyuk VS  Sambil Lewa      

16. Pentingkan Hak Jemaah  VS  Pentingkan Diri 

17. Zikir dan Doa dengan Bersungguh-sungguh  VS  Bergantung kepada Imam 

18. Rindu dan Damai dengan Masjid  VS  Rimas dan Gelisah 

19. Merasa Hebatnya Allah SWT  VS   Hebatnya Diri Sendiri

20. Ingat-mengingat Tentang Solat  VS  Sama-sama Lalai 

21. Menghidupkan Ibadah Malam VS  Mengabaikan 
 

USTAZ MUHAMMAD NASIB BIN ZAWAWI bertugas sebagai Pengarah Operasi dan Fasilitator utama di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Menadah ilmu di beberapa buah pondok pengajian di tanah air juga menadah kitab di Masjidil Haram, Jordan dan di Mesir. Sebagai aktivis dakwah yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang dakwah dan Pembangunan Insan sepenuh masa, beliau telah menyampaikan banyak ceramah agama di dalam dan di luar negara. 

 

Beliau turut mengendalikan modul kursus ‘Mukmin Profesional’ kepada hampir 250 organisasi termasuk di Singapura dan Brunei yang meliputi lebih kurang 1,280 program. Beliau pernah terlibat dalam slot Motivasi Pagi di radio IKIM.fm. Selain itu beliau juga pernah terlibat sebagai motivator untuk jemaah haji pakej di bawah THTS. Sehingga kini, beliau menjadi mutawif jemputan bagi ibadah umrah pada setiap tahun.