Menu
Your Cart

Komik GodCentric

Komik GodCentric
-10 %
Komik GodCentric
  • Stock: 50
  • Weight: 0.15kg
Product Views: 17931
RM9.00
RM10.00
Judul: GODCENTRIC
ISBN: 978-983-097-747-8
Kod: BP0025
Genre: Komik
Penulis: Abeben
Tebal: 128 ms
Harga: RM10.00/  RM12.00 
 
Berat: 0.15 KG (150 gm)
 
 
SINOPSIS
 
Seperti yang dijangka, perang nuklear tercetus. Kutub Utara dan Selatan mencair. Gunung-gunung berapi meledak. Dunia semakin menuju kemusnahan dek tangan-tangan manusia sendiri. 
 
Selepas bertahun-tahun penyelidikan, akhirnya saintis berjaya mencipta bahtera terapung untuk menyelamatkan manusia. Namun, ruang tidak cukup untuk semua.
 
Maka, 3 peraturan utama diperkenalkan. Pertama, hanya golongan bijak pandai sahaja dibenarkan menaikinya. Kedua, diharamkan untuk mencipta dan menggunakan senjata. Dan yang terakhir, semua orang di atas bahtera itu tidak dibenarkan menganuti mana-mana agama. Hanya mereka yang memenuhi kriteria ini sahaja yang dapat meneruskan ketamadunan manusia 35,000 kaki di udara.
 
Yang selebihnya ditinggalkan di permukaan Bumi, dibiarkan musnah dan pupus selama-lamanya.
 
Dan 1,000 tahun pun berlalu...
 
 
Tentang Penulis:
 
Abeben berasal dari Rantau Panjang, Kelantan dan sedang menuntut di United Kingdom dalam bidangMechanical Engineering with Advanced Design and Innovation. Merupakan ahli Daie Kreatif Venture dan telah menerbitkan beberapa buah komik. Antara tajuk-tajuk yang dihasilkan oleh beliau adalah Lukisan Tarbiah Sentap 1Lukisan Tarbiah 2: Refleksi, Aku, Engkau Dan Alif, Aku, Engkau Dan Alif 2: After Story dan Badai 1 – 5.

 
Tentang Pelukis:

Nazr Syaff ialah seorang comic illustrator yang banyak berkolaborasi dalam produksi komik dan dalam usaha menjadi usahawan komik yang meneroka pasaran bisnes untuk berkolaborasi dengan komik.
Tags: GODCENTRIC