Menu
Your Cart

ADA SYURGA DI RUMAHMU (SPI 151)

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Ar-Rum 30: 21)

Buku yang ada di tangan para pembaca ini bukan sebuah buku kekeluargaan yang biasa. Ia didatangkan dengan isi kandungan yang istimewa di mana terdapat banyak panduan praktikal mengenai cara untuk mewujudkan sebuah syurga di dalam rumah tangga.

Apabila kita bercerita tentang sebuah rumah, di dalamnya terdapat beberapa komponen penting. Antaranya keluarga, ruang tamu, sudut ibadah, kamar tidur, bilik mandi dan dapur.

Ramai yang menyangka bahawa tempat untuk melakukan ibadah di dalam rumah hanyalah di ruang ibadah sahaja. Walhal, ruang tamu, dapur dan kamar tidur juga boleh dijadikan sebagai ruang untuk melakukan ibadah dan amal soleh.

Persoalannya, bagaimana cara yang paling berkesan untuk memanfaatkan semua ruang itu untuk dijadikan sebagai ladang mendapatkan pahala dan lapangan untuk membina sebuah syurga rumah tangga?

Para pembaca boleh membaca buku ini dari awal sehingga akhir untuk mendapatkan jawapannya.