Menu
Your Cart

Anda & Kereta

Anda & Kereta
-40 % Out Of Stock
Anda & Kereta
  • Stock: Out Of Stock
  • Weight: 0.30kg
Product Views: 29408
RM21.00
RM35.00
Anda & Kereta
ISBN:  978-983-097-908-3
Kod: GB0621
Penulis: Dato Ir. Mohamad Dalib
Tebal: 184 ms
Harga: RM35.00/RM37.00
Berat: 0.3 kg (300 gm)
SINOPSIS

ANDA & KERETA - Cantik belum tentu selamat merupakan sebuah buku panduan penjagaan kereta peribadi.
Melalui buku ini, pemilik kenderaan dapat memahami asas penjagaan kereta supaya hayat kereta lebih panjang ... tidak cepat rosak dan sekali gus dapat menjimatkan kos.
Apabila kereta berkeadaan baik, kes kemalangan jalan raya juga dapat dikurangkan. Paling penting ialah penyelenggaraan yang betul dan tepat pada masanya.
Selain itu, pembaca juga dapat memahami teknikal dan mekanikal kereta. Dengan itu pemahaman tersebut, dapat mengelakkan daripada ditipu oleh mekanik yang tidak bertanggungjawab.

 

 
Tentang Penulis:

Dato’ Ir. Hj Mohamad bin Dalib. Beliau adalah mantan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (mulai 2008 hingga 2019). Kerjayanya di JPJ bermula sebagai Pemeriksa Kereta Motor. Berpengalaman 40 tahun berkecimpung dalam pembangunan berkaitan automotif industri serta perundangannya di peringkat tempatan dan antarabangsa.
 
Pengerusi Majlis Piawaian (Kenderaan) SIRIM dan ASEAN Automotive Products Working Group ini adalah pakar pandu uji kenderaan negara. Merupakan jurutera profesional sejak 2001 dengan kelulusan tertinggi Automotive Design & Manufacturing Engineering dari University of Sunderland, England.
 
Beliau merupakan personaliti radio yang bersiaran setiap minggu di empat stesen radio - IKIM FM, KL FM, Nasyid FM dan Perlis FM. Sering diundang menyampaikan ceramah dan meraikan soal jawab mengenai kenderaan di merata tempat dan di masjid-masjid.