Menu
Your Cart

SET NGAJI & SOLAT (YEAH + 6 KAEDAH + JUZ AMMA)

SET NGAJI & SOLAT (YEAH + 6 KAEDAH + JUZ AMMA)
New
SET NGAJI & SOLAT (YEAH + 6 KAEDAH + JUZ AMMA)
  • Stock: 300
  • Weight: 0.70kg
Product Views: 391
RM56.00

Yeah, Dah Solat!
ISBN: 978-629-7556-78-9
Penulis/Pelukis: Pak cik Bad
Kod: GB0799
Tebal: 104 ms
Saiz: 14.8cm x 21cm (A5)
Berat: 0.2 kg
Harga: RM15.00/RM17.00

Komik kali ini Pak Cik Bad buat special sikit. Semuanya cerita fasal solat.

Ya, ada berbagai-bagai kisah menarik, semua fasal godaan dan hasutan Syaitan Kurus dan Syaitan Gemuk tentang solat.

Pastinya komik ini padat dengan ilmu, pengajaran, didikan dan nasihat yang berguna buat anak-anak dalam menghadapi tipuan dan bisikan dua ekor syaitan ini di dalam solat.

Seperti biasa, komik ini punya gaya cerita yang santai dan lucu, berjenaka dan isinya ringan serta mudah difahami oleh anak-anak.



6 Kaedah Berkesan Hafaz Al-Quran
ISBN: 978-629-7556-76-5
Penulis: Mohamad Anuar Alias
Kod: GB798
Saiz: 6.75 X 9.5
Tebal: 80ms
Berat: 0.15 kg
Harga: RM16.00/RM18.00*

Sinopsis

Al-Quran merupakan panduan utama dalam kehidupan seorang Muslim. Membacanya adalah satu ibadah, menghafaznya merupakan satu kelebihan yang agung. Ramai orang yang ingin menghafaz Kalamullah ini. Namun mereka belum menjumpai kaedah yang sesuai.

Buku 6 Kaedah Berkesan Hafaz Al-Quran ini menawarkan jalan keluar kepada mereka yang ingin menghafaz Al-Quran dengan berkesan. Dalam buku ini, penulis menyusun beberapa hal yang penting yang perlu diberi perhatian oleh penghafaz Al-Quran untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman. 

Dimulai dengan persediaan diri, perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menghafaz, perkongsian kaedah menghafaz, cadangan memulai menghafaz surah-surah pendek, nasihat-nasihat serta solusi bagi menghadapi cabaran ketika sedang menghafaz Al-Quran.



Mahir Juzuk Amma Bersama Asuh
ISBN: 978-983-097-997-7
Penulis: Tim Editorial Galeri Ilmu
od: GB0793
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 196 muka surat
Berat: 0.4 kg
Kandungan: Simili 100 gsm / 4C
Harga: RM25.00/RM27.00*


Sinopsis

Buku Mahir Juzuk Amma Bersama Asuh merupakan terjemahan surah-surah lazim yang terhimpun dalam juzuk ke-30 Al-Quran. 

Naskhah ini turut dilengkapi dengan hikmah, sebab penurunan, serta pengajaran daripada setiap surah.


Ini bertujuan supaya anak-anak bukan sekadar mampu membaca dan menghafal surah-surah dalam Juzuk Amma semata, bahkan mereka dapat memahami dan mengambil pengajaran daripada apa yang dibaca dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian.