Menu
Your Cart

Kisah Menarik 25 Rasul (Siri 2)

Kisah Menarik 25 Rasul (Siri 2)
New
Kisah Menarik 25 Rasul (Siri 2)
  • Stock: 983
  • Weight: 0.30kg
  • Dimensions: 23.00cm x 12.00cm x 1.00cm
  • ISBN: 978-629-7716-08-4
Product Views: 55
RM30.00

Kisah Menarik 25 Rasul (Siri 2)
(Nabi Yusuf a.s. – Nabi Harun a.s.)
ISBN: 978-629-7716-08-4
Kod: GB0826
Penulis: 
Penulis: Zaki Sapuan Al-Hafiz
Tebal: 200 ms
Saiz: 16 cm X 23.4 cm
Berat: 
Harga: RM30.00/RM32.00*

 SINOPSIS

“Sungguh, jika engkau menyembah Tuhan selain aku, engkau akan dipenjarakan!”

“Adakah engkau masih akan melakukannya, meskipun aku tunjukkan bukti yang nyata?”

“Kalau engkau benar, tunjukkan bukti itu!”

Lantas, Nabi Musa melemparkan tongkat yang berada di tangan baginda. Dengan tiba-tiba, tongkat kayu itu berubah menjadi ular besar yang menakutkan. Baginda juga memasukkan tangannya ke dalam baju. Apabila dikeluarkan, tangan itu bersinar sangat terang dengan cahaya putih. Mukjizat baginda merupakan bukti yang nyata daripada Allah.

Ini adalah antara kisah yang terdapat dalam buku ini. Banyak lagi kisah-kisah menarik yang dikongsikan penulis agar kita dapat mengenali dengan lebih dekat tentang rasul-rasul yang mulia.


Justeru, koleksi Kisah Menarik 25 Rasul membawakan empat jilid buku yang santai lagi mudah. Ia boleh membantu ibu bapa dalam menyediakan pendidikan terbaik buat anak tercinta. Siri ini juga memudahkan guru dan pendidik untuk menyempurnakan fardu ain buat murid-murid demi menghayati Rukun Iman yang keempat, iaitu Percaya kepada Nabi dan Rasul.

Mudah-mudahan dengan membaca buku yang menarik ini, anak tercinta akan mendapat banyak manfaat, lalu mencontohi akhlak mulia rasul-rasul pilihan Allah. Mereka adalah tauladan terbaik bagi kita dalam mendepani abad ke-21 yang penuh cabaran dan kejutan.