Baru-baru ini gara-gara mencuri duit tabung masjid, seorang remaja telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman. Menerusi video berdurasi 1:25 saat yang viral di media sosial memaparkan remaja berkenaan sedang terbaring sambil dimandikan. Situasi itu turut disaksikan oleh beberapa individu yang lain.

Tidak terhenti di situ, mereka seterusnya melumurkan kapur barus sambil muka remaja itu ditutup dengan sehelai kain dan kemudian mencurahkan air ke atasnya seperti memandikan jenazah meskipun pada ketika itu remaja berkenaan masih lengkap berpakaian. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku dan bilakah tarikh klip video itu dirakam.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada di antara mereka menyokong tindakan jemaah masjid berkenaan. Mereka berpendapat tindakan sedemikian boleh dijadikan pengajaran buat remaja terbabit.

Tidak kurang juga ada netizen yang mengecam tindakan tersebut dengan mendakwa jemaah masjid bertindak melulu dan mengambil tindakan sendiri tanpa mempedulikan undang-undang. 

Berikut kami kongsikan pandangan Tuan Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar, Pegawai Agama Daerah Kota Star juga salah seorang penulis buku di Galeri Ilmu Media Group. Menurut beliau tindakan tersebut agak keterlaluan dan sepatutnya menggunakan kaedah yang lebih wajar untuk menangani isu tersebut. Untuk ulasan lanjut tonton video di bawah.