-1140x400w.png)
Terdapat beberapa tanda Lailatul Qadar. Tanda yang paling tepat ialah jika berlaku Lailatul Qadar pada malamnya, sinaran cahaya matahari pagi esoknya tidak kuat berdasarkan hadits:
إِنَّ الشَّمْسَ صَبِيحَتَهَا لَيْسَ لَهَا شُعَاعٌ.
“Sesungguhnya cahaya matahari pada paginya, tidak kuat cahaya padanya (kelihatan putih cerah, tidak banyak sinaran).”
Imam Nawawi dalam Syarh Muslim menukilkan pandangan Imam Qadhi Iyadh yang menukilkan pandangan para ulama lain yang mengatakan kerana cahaya matahari pagi itu dihalang oleh sayap-sayap Malaikat naik semula ke langit setelah turun pada malam Lailatul Qadar.
Tanda-tanda lain termasuklah rasa air laut menjadi tawar, sebahagian Salafus Soleh melihat para Malaikat tawaf di Masjidil Haram di atas kepala manusia, pelepah tamar sujud, lelaki lumpuh boleh berjalan selepas berdoa dan lelaki di Bashrah sembuh daripada bisu malamnya tenang (tidak bunyi bising/ hiruk pikuk), tidak panas dan tidak sejuk. (Lihat tanda-tanda ini dalam Al-Maj’mu’, 6/490, Latho’if al-Ma’arif, ms. 194-195, Jam’ al-Fawa’id, ms. 115 dan Sair as-Salikin, 1/134).
Dikatakan malam itu juga anjing tidak menyalak (lihat Jam’ al-Fawa’id, ms. 115 dan Sair as-Salikin, 1/134).
Imam Syafi’i mengatakan ia berlaku pada malam ke 21 Ramadhan. Di ketika lain, beliau berkata ia berlaku pada malam ke 23. Walau bagaimanapun, pendapat jumhur mengatakan ia berlaku pada malam ke 27 Ramdhan.
Dikongsikan jadual panduan ulama dalam mencari lailatuqadar berdasarkan pengalaman ibadah mereka. Apa pun yang penting, tingkatkanlah amalan kebaikan (hasanat) dan mendekatkan diri kepada Allah (qurubat) pada semua 10 malam terakhir di bulan Ramadhan ini. Itulah yang ditunjukkan oleh Rasulullah seperti yang dinyatakan oleh Sayyidatuna Aisyah:
كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ اَلْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ.
“Adalah Rasulullah selalu ketika memasuki 10 Ramadhan terakhir, Baginda mengikat kainnya (bersungguh-sungguh dalam ibadah dengan meninggalkan isteri-isterinya), menghidupkan malamnya (dengan ibadah) dan membangunkan isteri-isterinya (untuk beribadah).” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Leave a Comment