RAMADAN KARIM YANG DIRINDUI BAKAL MUNCUL LAGI

Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi peluang oleh-Nya utk merasai nikmat pesta beribadah dalam bulan yg mulia, Ramadhan al-Mubarak. Menjelang tibanya Ramadhan, pasti ramai yang ingin meningkatkan sedekah seperti mana yg dilakukan sebelum ini. 

Kelebihan berinfak:
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنيَا نَفَّسَ اللهُ عنهُ كربَةً مِنْ كُرَبِ يومِ القيَامَةِ ومنْ يسَّرَ عَلى مُعسِرٍ يسَّرَ اللهُ عليهِ فِي الدُنيَا والآخِرَةِ ومَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنيَا والآخِرَةِ واللهُ فِي عَوْنِ العَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عونِ أخيهِ

Maksudnya: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang Mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang Muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya". [Riwayat Muslim (2699)]


Diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah SAW, beritahu kepada saya suatu amalan yang akan memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan saya dari neraka. Baginda lalu bersabda:

لَقَدْ سَأَلْتَنِي عَنْ عَظِيمٍ ، وَإِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ ، تَعْبُدُ اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكْ بِهِ شَيْئًا ، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ ، وَتَحُجُّ البَيْتَ, ثُمَّ قَالَ : أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الخَيْرِ : الصَّوْمُ جُنَّةٌ ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ

Maksudnya: “Demi Allah! Sesungguhnya kamu telah bertanya padaku tentang sesuatu yang besar. Sesungguhnya ia memang mudah bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah kepadanya. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutukan sesuatu dengan-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah. Kemudian Baginda bersabda lagi: Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai. Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api.” [Riwayat al-Tirmizi (2616), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (11394) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (103)]

Al-Mubarakfuri berkata: Ungkapan “وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ”
(Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api) dengan maksud menghilangkannya dan menghapuskan kesannya. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 3/237)
.
.
Justeru itu, kami ingin mengajak anda utk sama-sama terlibat dengan PROGRAM INFAQ KITAB bagi mengumpulkan dana dalam menyalurkan 3 judul kitab iaitu:

1.Kitab Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas,
2. Kitab Qalbun Salim Penawar Bagi Hati
3. Kitab Mishbahud Duja Syarah Safinah An-Naja   

bagi disumbangkan kepada 300 orang pelajar  untuk kegunaan 3 buah pusat pengajian berikut:

1.  TERATAK ILMU HJ ABDUL MAJID, KUALA KETIL, KEDAH dibawah pengurusan IMAM MUDA AZHAR,  (100 orang pelajar).
2. MAAHAD TAHFIZ D ITQAN, KG OLAK LEMPIT, BANTING, SELANGOR, (100 orang pelajar).
3. KOMPLEKS TAHFIZ AL-QURAN & SUKAN SOFIUDDIN (KOMTAS 2), KG BUKIT BADONG, BESTARI JAYA, SELANGOR, (100 orang pelajar).
.
.

.
Anda boleh menghulurkan sumbangan serendah RM10 atau berapa sahaja yg anda mampu dan kami akan himpunkan sumbangan tersebut untuk menyalurkan Kitab yg diperlukan dan seterusnya  diagihkan kepada 3 pusat pengajian berkenaan. 
.
.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank: Maybank
No Akaun 564276201311
Atas nama GALERI ILMU DISTRIBUTORS
PASTIKAN isi Transaction Reference/Details: INFAQ KITAB.
.
Utk makluman anda, projek ini adalah sebahagian daripada projek yg diuruskan oleh GALERI ILMU MEDIA GROUP.
.
Utk sebarang pertanyaan sila hubungi: CIK SURIATI di talian  011-10299723
(Boleh maklumkan sumbangan melalui nombor ini).
.
.
.
Berikut adalah sasaran dan progress dana terkumpul. 
.
STATUS PENGHANTARAN:
LOKASI 1: TERATAK ILMU HJ ABDUL MAJID, KUALA KETIL, KEDAH dibawah pengurusan IMAM MUDA AZHAR,   (100 orang pelajar)
1. Kitab Sifat 20; Suatu Pengenalan Asas (100 Naskah) - BELUM HANTAR
2. Kitab Misbahuduja Syarah Safinatun Naja (100 Naskah) - SUDAH HANTAR

3. Kitab Qalbun Salim (100 Naskah) - BELUM HANTAR
.
.
LOKASI 2: MAAHAD TAHFIZ D ITQAN, KG OLAK LEMPIT, BANTING, SELANGOR, (100 orang pelajar).
1. Kitab Sifat 20; Suatu Pengenalan Asas (100 Naskah) - BELUM HANTAR
2. Kitab Misbahuduja Syarah Safinatun Naja (100 Naskah) - BELUM HANTAR
3. Kitab Qalbun Salim (100 Naskah) - BELUM HANTAR
.
.
LOKASI 3:  KOMPLEKS TAHFIZ AL-QURAN & SUKAN SOFIUDDIN (KOMTAS 2), KG BUKIT BADONG, BESTARI JAYA, SELANGOR, (100 orang pelajar).
1. Kitab Sifat 20; Suatu Pengenalan Asas (100 Naskah) - BELUM HANTAR
2. Kitab Misbahuduja Syarah Safinatun Naja (100 Naskah) - BELUM HANTAR
3. Kitab Qalbun Salim (100 Naskah) - BELUM HANTAR
.
.

JUMLAH YANG DIPERLUKAN

Jumlah Keseluruhan adalah RM34,500

1. Kitab Sifat 20 (RM30 x 300 naskhah = RM9,000)
2. Kitab Misbahuduja Syarah Safinatunaja (RM45 x 300 naskhah = RM13,500)
3. Kitab Qalbun Salim; Syarah Penawar Bagi Hati (RM40 x 300 naskhah  = RM12,000)