
Alhamdulillah, sebuah buku terbitan Galeri Ilmu memenagi Anugerah Best Of 2020 Winners: BEST MALAY NO FICTION oleh MPH, berjudul Sahabat Dunia Akhirat (SDA) karya Ustazah Asma' Harun. Buku SDA diterbitkan pada tahun 2020 dan kini sudah terjual dan terdedar hampir 100,000 naskah.
Persahabatan adalah nikmat yang indah bagi setiap manusia. Sahabat yang baik adalah anugerah daripada Allah Taala. Ustazah Asma’ Harun inginkan setiap pembaca dan pengikutnya di media sosial menjadi sahabat yang baik dan memilih sahabat yang baik supaya keindahan persahabatan itu dapat memberi manfaat kepada kedua-duanya di dunia dan akhirat.
Justeru, madah dan kata-kata beliau yang disampaikan secara santai dibukukan sebagai suatu nasihat daripada seorang sahabat kepada sahabatnya yang dikasihi kerana Allah Taala.
Mewakili Galeri Ilmu dan MPH, Tuan Hj Mohd Yusri Mohd Yusof, Pengarah Urusan Galeri Ilmu Media Group, sempat bertandang ke lokasi Pejabat Ustazah Asma' Harun bagi menyerahkan plag penghargaan untuk kemenangan yang bermakna ini.
Ustazah Asma' Harun terus istiqamah dalam menggerakan usaha dakwah di bawah payung Hijrah Excel Sdn dan Sahabat Amal Care dalam membantu mereka yang memerlukan di luar sana. Dalam masa yang sama, usaha menyampaikan kuliah dan ceramah dan menulis buku masih menjadi tumpuan utama.
Perkembangan terkini, ada beberapa lagi projek penerbitan buku sedang diusahakan untuk tatapan pembaca tidak lagi. Insya-Allah.
Buku Ustazah Asma' Harun boleh dimilik dengan melayari https://galeriilmu.com.my
Leave a Comment