Menu
Your Cart

Bidayatul Hidayah - Panduan Amalan Harian

Kitab Bidayatul Hidayah adalah antara kitab karangan Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali rahimahullah Taala yang banyak diberi berkah oleh Allah Taala. Kitab ini telah banyak memberi faedah dan bimbingan bagi setiap orang yang memuthalaahnya dengan niat yang ikhlas untuk mengamalkan isi dan kandungannya. Faedah dan manfaatnya sudah jelas dan tidak dapat diragui lagi. 

Di Dalam kitab ini al-Imam al-Ghazali rahimahullah Taala menggariskan amalan-amalan harian yang mesti kita lakukan pada setiap hari dan waktu serta adab-adab untuk melaksanakan amal ibadah supaya ibadah tersebut dapat dilakukan dengan baik, penuh erti dan memberikan kesan yang mendalam. 

Begitu pula Imam al-Ghazali rahimahullah Taala menunjukkan kepada kita bagaimana jalan yang mesti kita ikuti supaya kita dapat meninggalkan segala dosa dan maksiat, sama ada zahir mahupun batin. Setelah itu beliau menyebutkan adab-adab pergaulan seseorang denga Allah Taala sebagai penciptanya dan dengan semua lapisan masyarakat yang ada di sekelilingnya. 

Oleh itu kitab ini sangat penting dan sangat sesuai untuk dijadikan panduan amalan harian bagi kehidupan seseorang Muslim yang mahu menjadikan negeri akhirat, masuk ke dalam Syurga dan mendapatkan keredhaan Allah SWT sebagai tujuan hidup. 

 

Berat Buku: 0.6kg

Warna: Hitam Putih.