- Stock: 32
- Weight: 0.24kg
JUDUL: Solat Mukmin Vs Solat Muslim
PENULIS: Ustaz Muhammad Nasib Zawawi
ISBN: 978-983-097-680-8
KOD: GB 0457
HARGA: RM 18
TEBAL: 144 ms
BERAT: 0.24 KG (240 gm)
Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. (Al-Mukminun 23: 1-2)
SINOPSIS
Saat menunggu masuknya waktu solat seumpama menunggu saat untuk bertemu Sang Kekasih. Mendirikan solat pada awal waktu pula seumpama memenuhi janji setia untuk bertemu Sang Kekasih.
Sebagai seorang Islam, bagaimanakah pelaksanaan solat yang anda dirikan itu? Ayuh! Tinggalkan solat orang jahil. Tinggalkan solat orang lalai. Tinggalkan solat orang riyak. Kita bangkit untuk mendirikan solat sebagai orang soleh, solat sebagai orang yang bertakwa, solat sebagai orang Muqarrabin dan solat sebagai orang A'rifin.
Buku SOLAT MUKMIN vs SOLAT MUSLIM dikarang oleh Ustaz Muhammad Nasib Zawawi bertitik tolak daripada keadaan semasa umat Islam di seluruh dunia terutamanya penderitaan umat Islam di Palestin, Syiria dan umat Islam Rohingya. Kenapa semua ini terjadi sedangkan akidah mereka sama dengan akidah kita. Sama-sama menyembah Allah. Adakah Allah tidak lagi menyayangi kita?
Berhenti menyalahkan Allah tetapi salahkan diri kita sendiri, umat Islam yang telah lama tidak menjaga hubungan kita dengan Allah SWT. Kita juga tidak bersungguh-sungguh mengabdikan diri kita kepada-Nya dan telah banyak pula larangan Allah yang kita kerjakan.
Melalui solatlah kita dapat memperbaiki hubungan rasmi kita dengan Allah SWT. Kita tingkatkan solat kita daripada solat Muslim kepada solat orang Mukmin. Daripada solat yang hanya mementingkan kuantiti kepada kualiti. Solat yang mengharapkan upah semata-mata kepada solat yang memberikan ketaatan dan cinta. Moga dengannya Allah pasti membantu kita umat Islam seluruh dunia untuk kemuliaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Insya-Allah.
Kandungan
♦ Perbezaan Antara Mukmin dengan Muslim
1. Solat Di Awal Waktu VS Solat Ikut Suka Hati
2. Solat Berjemaah VS Sendirian
3. Menunggu Azan VS Datang Setelah Azan
4. Bersungguh dan Beradab VS Bermalas-malas ke Tempat Solat
5. Munajat VS Semata-mata Bacaan dan Pergerakan
6. Nak Jadi Baik Kena Solat VS Solat Tanda Orang yang Baik
7. Solat kerana SYUKUR dan CINTA VS Semata-mata Pahala dan Ganjaran
8. Seronok Bertemu Allah VS Beban
9. Istirahat dalam Solat VS Selepas Solat
10. Istiqamah dan Kualiti VS Kuantiti
11. Sanggup Bersusah-susah VS Tidak Sanggup
12. Memelihara Solat VS Mengerjakan Solat
13. Melengkapkan Pakej Solat VS Mengerjakan yang Fardu
14. Memanjangkan Solat VS Memanjangkan Doa
15. Bersungguh-sungguh dan Khusyuk VS Sambil Lewa
16. Pentingkan Hak Jemaah VS Pentingkan Diri
17. Zikir dan Doa dengan Bersungguh-sungguh VS Bergantung kepada Imam
18. Rindu dan Damai dengan Masjid VS Rimas dan Gelisah
19. Merasa Hebatnya Allah SWT VS Hebatnya Diri Sendiri
20. Ingat-mengingat Tentang Solat VS Sama-sama Lalai
21. Menghidupkan Ibadah Malam VS Mengabaikan
USTAZ MUHAMMAD NASIB BIN ZAWAWI bertugas sebagai Pengarah Operasi dan Fasilitator utama di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Menadah ilmu di beberapa buah pondok pengajian di tanah air juga menadah kitab di Masjidil Haram, Jordan dan di Mesir. Sebagai aktivis dakwah yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang dakwah dan Pembangunan Insan sepenuh masa, beliau telah menyampaikan banyak ceramah agama di dalam dan di luar negara.
Beliau turut mengendalikan modul kursus ‘Mukmin Profesional’ kepada hampir 250 organisasi termasuk di Singapura dan Brunei yang meliputi lebih kurang 1,280 program. Beliau pernah terlibat dalam slot Motivasi Pagi di radio IKIM.fm. Selain itu beliau juga pernah terlibat sebagai motivator untuk jemaah haji pakej di bawah THTS. Sehingga kini, beliau menjadi mutawif jemputan bagi ibadah umrah pada setiap tahun.