



-550x550h.jpg)







-80x80h.jpg)



- Stock: 496
- Weight: 1.00kg
- ISBN: 978-983-097-944-1
Available Options
More from this brand




Al-Qur’an Al-Karim
Mashaf ini ditulis dan diberikan baris mengikut kepada riwayat Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi al-Kufi, berdasarkan qiraat ‘Asim bin Abi an-Najwad al-Kufi at-Tabi’iy.
Sementara ejaan diambil daripada apa yang diriwayatkan oleh ulama rasam yang disalin daripada mashaf-mashaf yang telah dihantar oleh khalifah Usman bin Affan r.a. ke kota Madinah, Makkah, Basrah, Syam, Kufah; dan mashaf yang diguna pakai oleh Sayyidina Usman bin Affan sendiri.
Manakala pengiraan bilangan ayat adalah mengikut pengiraan ulama Kufah. Ia sebagaimana yang dirujuk dalam kitab Nadhimah az-Zuhri karangan Imam as-Syatibi yang membahaskan tentang ilmu al-Fawashil.
Pada pendapat mereka, bilangan ayat Al-Quran ialah sebanyak 6,236 ayat. Sedangkan penentuan tempat dan tanda waqaf dirujuk kepada mashaf al-Madinah an-Nabawiyah Majma’ al-Malik Fahd.
Ciri-ciri istimewa mashaf ini antaranya:
- Warna latar yang berbeza mengikut juzuk
- Tambahan nota tajwid ringkas berbahasa Melayu di bahagian belakang mushaf
- Tambahan nota tentang himpunan ayat dan surah yang sunat dibaca pada waktu dan keadaan tertentu.
*Al Quran ini diterbitkan dalam empat warna kulit berbeza yang menarik iaitu biru, hijau, kuning, dan purple.