Menu
Your Cart

TENANG MENGHADAPI MUSIBAH

TENANG MENGHADAPI MUSIBAH
New
TENANG MENGHADAPI MUSIBAH
  • Stock: 92
  • Weight: 0.30kg
  • Dimensions: 14.00cm x 22.00cm x 1.00cm
  • ISBN: 978-629-7556-92-5
Product Views: 459
RM20.00

TENANG MENGHADAPI MUSIBAH
Terjemahan Al-Fitan wa al-Balāyā wa al-Mian wa al-Razāyā , karya Sulān al-ʿUlamaʾ al-ʿIzz ibn ʿAbd al-Salām al-Sulamī
ISBN: 978-629-7556-92-5
Kod: GB0807
Penterjemah: Dr. Nik Roskiman Abdul Samad
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Jumlah ms: 112 muka surat
Content: Simili 80gsm / 2C
Kulit Buku: 260 gsm Art Card / 4C
Berat:  0.3kg
Harga: RM20.00/RM22.00

Sinopsis

Tenang Menghadapi Musibah merupakan terjemahan dan pengenalan bagi risalah Al-Fitan wa al-Balāyā wa al-Mian wa al-Razāyā (Faedah Musibah, Bala dan Ujian Daripada Allah) yang ditulis oleh Sulān al-ʿUlamaʾ al-ʿIzz ibn ʿAbd al-Salām al-Sulamī (wafat 1262 M/660 H).

Dalam risalah ini, Imam Al-ʿIzz ibn ʿAbd al-Salām mengupas secara ringkas dan padat mengenai hikmah dan faedah di sebalik ujian, cabaran dan musibah yang menimpa manusia. Dengan mengetahui hikmah dan faedah tersebut, manusia boleh menambah kualiti keimanan dan kehidupan mereka kerana di sebalik setiap perkara baik dan buruk yang berlaku dalam kehidupan, terselit rahsia dan hikmah bagi mereka yang merenung.

Risalah ini diharapkan bukan sekadar mengubah persepsi kita secara menyeluruh terhadap ujian dan musibah yang menimpa, tetapi juga akan meninggalkan kesan mendalam dalam lubuk hati kita akan kekuasaan Allah Yang Maha Agung, untuk sentiasa bersangka baik (husn zann) dengan Allah serta memandang musibah itu sebagai tanda kasih sayang Allah yang amat luas tanpa batas, hanya sahaja kita yang biasanya tidak mengetahui hikmah disebaliknya.

 


Tentang Penterjemah:

Dr. Nik Roskiman Abdul Samad memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang Tasawuf daripada Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Peradaban Islam daripada International Institute of Islamic Thought & Civilisation (ISTAC). Beliau juga pernah menuntut di University of Edinburgh, Scotland, United Kingdom dan International University of Africa (IUA), Khartoum, Sudan. Kini memegang amanah sebagai Felow Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik (SYARAK) di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Tenang Menghadapi Musibah merupakan buah pena pertama beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.