Menu
Your Cart

Ikhtilaf Travelog 4 Mazhab (SPI 195)

Ikhtilaf Travelog 4 Mazhab (SPI 195)
New
Ikhtilaf Travelog 4 Mazhab (SPI 195)
  • Stock: 446
  • Weight: 0.65kg
  • Dimensions: 16.00cm x 24.00cm x 1.00cm
  • ISBN: 978-629-7556-53-6
Product Views: 879
RM48.00
Travelog 4 Mazhab (Ikhtilaf: Rahmat Berbeza Pendapat)
ISBN: 978-629-7556-53-6
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor & Haji Mohd Yusri Mohd YUsoff
Kod: GB0802
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 344 muka surat
Kandungan: Simili 80 gsm / 4 Color
Berat: 0.65kg
Harga: RM48.00/RM50.00

Sinopsis:

Perbezaan pendapat, khususnya dalam mazhab-mazhab fiqh, menjadi satu aspek yang menarik dalam tradisi hukum Islam. Islam sebagai agama rahmat meraikan perbezaan, namun ia satu cabaran tersendiri dalam menguruskan isu-isu ibadah harian dan sosial dalam kalangan masyarakat awam.

Penulis mengembara untuk menjejaki pengalaman dan pengamalan empat mazhab berbeza oleh umat Islam di beberapa negara Islam. Kembara ini merentasi lima negara dan tiga benua. Bermula dengan Maghribi dan Mesir di benua Afrika, lalu ke Arab Saudi di Asia Barat, kemudian menuju ke utara peta dunia iaitu Turki di benua Eropah sebelum kembali meneruskan kembara ke tanah air tercinta, Malaysia.

Banyak isu dan perbahasan yang kami bincangkan bersama para ulama di sepanjang musafir ini; antaranya:
-           Kepentingan bermazhab
-           Mengenal sejarah Imam empat mazhab dan metodologi mereka dalam mengeluarkan hukum-hakam
-           Memahami isu-isu masyarakat berkaitan taharah, doa qunut, talqin, tahlil, zakat, perkahwinan dengan ahli kitab, perbankan Islam, dan sebagainya.

Jawapan bagi persoalan di atas akan anda jumpai dalam helaian-helaian naskhah Travelog 4 Mazhab ini.


Penulis

Dr. Shamsul Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam  Ismail Aga, Fatih, Istanbul, Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran (PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir al-Quran) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah, beliau adalah Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., serta Pengerusi Pusat Pengajian  dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga penyelidik dan pentadabbur Al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV AlHijrah dan panel tetap program Tadabbur Al-Quran di Radio IKIM. Telah menulis lebih 30 buah buku. Travelog 4 Mazhab merupakan naskhah kesembilan beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.