- Stock: 471
- Weight: 0.30kg
- Dimensions: 21.59cm x 13.97cm x 2.00cm
- ISBN: 978-629-7716-01-5
Penulis: Khuzaifah Kamazlan & Muhd Kamil Ibrahim
ISBN 978-629-7716-01-5
Kod: GB0823
Saiz: 21.59cm X 13.97cm
Tebal: 264 m.s.
Berat:
Harga: RM25.00/RM27.00*
SINOPSIS
Kitab Pedoman Hidup merupakan risalah kecil yang menjadi panduan bagi manusia yang ingin menghiasi hari berbaki dengan akhlak dan amal-amal bermanfaat. Kitab ini membicarakan perkara terpilih yang harus diperbanyakkan, ditinggalkan dan yang mesti dijaga agar pahala amalan seharian tidak sia-sia begitu sahaja.
Kitab ini tidak membincangkan hukum-hakam fikah, tidak juga sah atau batal sesuatu ibadah, sebaliknya ia menerangkan nilai-nilai sesuatu amal yang dilakukan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Maksud dan tujuan utama naskhah ini adalah untuk menimbulkan kesedaran para pembaca supaya lebih berusaha mendekatkan diri kepada Allah, menjauhi perbuatan terlarang yang boleh menjatuhkan diri dalam kelalaian, menyedarkan diri akan hari akhirat yang pasti dilalui, serta bersedia dengan bekalan yang secukupnya.
Dunia ini bersifat sementara, berbentuk pinjaman dan hari akhirat menjadi matlamat setiap manusia yang berilmu dan beriman dengan-Nya.
Manusia mahu ke syurga. Kalau boleh ke Firdaus tanpa dihisab. Namun sifat manusia yang sering terlupa menyebabkan kehidupan di dunia lebih diutamakan. Manusia menghimpun dosa yang hadir bersama kemewahan dunia. Lalu perjalanan ke syurga yang kehidupannya kekal abadi menjadi sukar. Naskhah ini juga cuba mengingatkan soal ini.
ISI KANDUNGAN