Menu
Your Cart

[LIMITED] 165 Nasihat Guaman

[LIMITED] 165 Nasihat Guaman
-75 %
[LIMITED] 165 Nasihat Guaman
  • Stock: 3
  • Weight: 0.14kg
Product Views: 19993
RM5.00
RM20.00
Price in reward points: 10
TAK celik undang-undang menjadikan kita mudah kena tipu dan mengalami kerugian. Tak celik undang-undang menjadikan kita tak pandai tuntut hak. Tak celik undang-undang menjadikan kita sering dipermainkan. Tak celik undang-undang menjadikan kita takut untuk menceburi perniagaan. Tak celik undang-undang menjadikan kita buat kerja semberono dan berisiko. Tak celik undang-undang menjadikan kita orang yang kurang berkeyakinan. Dan tak celik undang-undang menjadikan kita orang yang kurang jati diri.

Buku ini ditulis bagi memberi nasihat guaman untuk memberi kesedaran dan ilmu kepada orang ramai tentang hak dan cara bertindak yang betul serta apakah perkara yang kita perlu berhati-hati dalam urusan harian agar kita tidak tersalah langkah yang menyebabkan kita terpaksa menanggung kerugian atau risiko. Buku ini ditulis menggunakan bahasa yang mudah agar difahami orang kebanyakan.



Antara isu yang dibincang adalah  Saman Fitnah, Serang Guru, Kepentingan Nombor Kad Pengenalan, Butiran Peribadi , Gambar Bogel, Hantaran Hangus, Ugut Saman, Risiko Penjamin, Duit Dalam Akaun Lesap, Hak Tuan Rumah, Tanah Lot Cap Ayam, Freehold vs Leasehold, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Rumah Pewarisan, Sivil dan Syariah, Hak Dropship, Kemalangan Jalan Raya, KWSP, Pampasan, Buang Pekerja  dan banyak lagi.


TENTANG PENULIS

AMAR adalah nama singkatan Arif Muazzim Abdul Rahman. Memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Beliau merupakan peguam berpengalaman di firma guamannya sendiri bersama isterinya yang juga merupakan seorang peguam iaitu Arif Muazzim, Zawani & Co. yang terletak di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.
Sebelum itu beliau pernah berkhidmat sebagai peguam di firma guaman ternama iaitu Dato’ Seri Zulkifli Noordin (Zulkifli Noordin & Associates).
Firma guaman Arif Muazzim, Zawani & Co. mengendalikan kes-kes sivil seperti fitnah, hutang, penipuan, pindah milik hartanah, kecuaian dan sebagainya.

Selain itu beliau juga merupakan artis nasyid dan ahli silap mata profesional.

Berat: 0.14 KG (140 gm)