Menu
Your Cart

PELAN PELAN KAYUH

PELAN PELAN KAYUH
-80 % Out Of Stock
PELAN PELAN KAYUH
  • Stock: Out Of Stock
  • Weight: 0.27kg
Product Views: 22947
RM4.00
RM20.00
Judul: Pelan-Pelan Kayuh
ISBN: 978-983-097-706-5
Penulis: Bonda Nor dll
Tebal: 
200 ms
Kod: GB0478
Harga: RM 20 / RM 22
Berat: 0.270 KG (270 gram)


SINOPSIS

Umpama pemakanan, demikian juga ujian. Kalau yang dimakan hanya yang manis saja, kita akan sakit. Dah sakit, terpaksalah cari penawar. Dan penawarnya memang pahit!


Sebab itu, antara tanda Maha Baiknya Allah ialah ditimpakan ke atas kita musibah. Hal-hal yang kita tak suka itu, yang kita anggap musibah itu, sebenarnya adalah penawar. Penawar untuk dosa-dosa kita. Penawar untuk keangkuhan kita. Penawar kepada penyakit ‘lupa syurga hingga mencari sempurna pada dunia’.
Ya, ‘mencari sempurna pada dunia’ juga adalah sejenis penyakit! Dan kita perlu berubat!


NOTA

Sahabat, mari andaikan proses kehidupan ini bagaikan satu proses penyediaan makanan.
Kita tidak pandai memasak agar-agar. Tapi kita nak cuba. Kita pun buat carian di internet. Kita ambil resepinya. Beli bahan-bahan. Dan kita pun ikut setiap langkah demi langkah yang ditunjukkan. Sukses! Menjadi agar-agar kita. Transformasi telah berlaku. Kita - daripada tak tahu apa-apa kepada mampu melakukannya. From zero to hero. Kita tidak jahil lagi!

Sekarang, kita sudah tahu cara memasak agar-agar. Kita tahu agar-agar tersebut perlu dibekukan dahulu selama 1 jam sebelum boleh dimakan. Kita malas menunggu. Kita nak cepat. Baru 15 minit, kita dah terbalikkan acuan. Apa berlaku? Cuma separuh saja agar-agar itu sudah mengeras, sebahagian yang lain masih lembik. Aduhai. Penat kita guna acuan yang cantik tapi rosak teruk bentuk agar-agar kita. Kenapa? Sebab kita degil! Kita tak ikut arahan yang terdapat dalam resepi. Kita nak ikut fikir logik kita sendiri. Kita gagal sabar.

Inilah yang dimaksudkan dengan tagline Pelan-Pelan Kayuh. Tentang bahaya jahil. Tentang bahana degil.

“Kadang kau bukan tak mampu. Cuma tak tahu.

Kadang kau bukan tak tahu. Cuma tak sabar.”