
New
PERCA
- Stock: 1
Product Views: 12
RM40.00




JUDUL: PERCA
PENULIS: Roza Roslan
ISBN: 978-983-097-619-8
KOD: GB 0411
TEBAL: 496 ms
HARGA: RM 40.00/42.00*
SINOPSIS:
Perjalanan itu geraknya sehala. Ia perlu diteruskan. Ia jadi mudah apabila kita mengetahui yang setiap detik Allah mengajar manusia dengan pelbagai cara agar kita berfikir dan bersyukur dengan rahmat-Nya.
Sayangnya … apabila Allah SWT memberi rasa bahagia, ada terlupa mereka pernah diuji dengan rasa derita.
Akhirnya … penulis mula mengerti bahawa seluruh kehidupan merupakan ujian Allah SWT kepada hamba-Nya kerana DIA mahu melihat kita semakin beriman atau sebaliknya. Ramai tewas dengan ujian suka yang melalaikan. Ujian kedukaan membuat mereka kembali merayu dan merintih mengharapkan pertolongan Tuhan. Ketika itu Yang Maha Berkuasa dihampiri.
Perca-perca ini kisah yang melekat di hati sanubari. Keseluruhan kehidupan umpama cebisan perca dengan pelbagai corak dan warna. Ada warna ceria, gemilang, kabur, terang, muram dan pudar lagi hambar. Cebisan kecil itu kelihatan tidak berguna. Namun jika dikumpulkan, dijahit lalu dicantumkan cebisan demi cebisan ... ia menjadi selembar hamparan bermanfaat.