Menu
Your Cart

AYYUHAL WALAD

AYYUHAL WALAD
New
AYYUHAL WALAD
  • Stock: 20
  • Weight: 0.40kg
  • Dimensions: 10.00cm x 13.00cm x 23.50cm
Product Views: 25
RM8.00

Kitab Ayyuhal Walad ini ditulis oleh Imam al-Ghazali r.h sebagai jawapan kepada sepucuk surat yang dihantar oleh seorang murid beliau yang sangat mencintainya. Dalam surat tersebut murid beliau meminta agar Imam al-Ghazali r.h sudi menulis sepucuk surat yang merupakan suatu wasiat yang ditujukan kepadanya secara khusus, walaupun ia yakin bahawa isi kandungan surat tersebut telah termaktub dalam kitab-kitab karya Imam al-Ghazali r.h. Lalu Imam al-Ghazali dengan murah hati menjawab surat muridnya dan memberikan kepadanya beberapa nasihat yang sangat mahal harganya. Maka telah berhimpunlah dalam nasihat Imam al-Ghazali ini keindahan keikhlasan dan keindahan bahasa. Lalu kalimah yang keluar daripada hati yang ikhlas tadi akan masuk ke dalam lubuk hati pula. Dan benar-benar memeberikan kesan yang ketara sekali dan inilah nilai kebenaran dan nilai keindahan yang sebenar dan inilah nilai sastera yang sebenar iaitu ikhlas, indah, benar dan berkesan.